Apa yang membezakan kami

Kami membantu pekerja kami berkembang dan berjaya di dalam pekerjaan mereka dan memberi pengiktirafan kepada mereka atas sumbangan mereka. Begini caranya:

Persekitaran Kerja anda: Celestica secara konsisten berusaha ke arah menyediakan tempat kerja yang unggul di mana anda boleh cemerlang. Kami berjanji lebih daripada sekadar persekitaran yang selamat dan sihat. Budaya nilai-nilai kita yang berterus terang dan amanah, mewujudkan suasana tempat kerja di mana semua orang mempunyai peluang yang maksimum untuk berjaya.

Kerjaya Anda: Kami komited dalam menyediakan pembangunan teknikal dan kepimpinan, maklum balas prestasi dan pembangunan, latihan dan bimbingan untuk membolehkan semua pekerja untuk merancang dan membangunkan kerjaya mereka.

Peranan Anda: Kami mahu pekerja kami merasakan bahawa mereka mempunyai kebebasan untuk membuat kelainan. Kami akan menyediakan anda dengan kerjaya yang menarik, mencabar dan bermakna, dan diberi kuasa untuk bertindak dan bertanggungjawab terhadap  keputusan anda.

Ganjaran anda: Ganjaran anda merangkumi gaji asas, pelan insentif, faedah insurans, pelan persaraan dan pelan pembelian saham.