Kami tidak selalunya boleh mendedahkan hasil kerja kami. Oleh itu, kami mengambil pekerja yang berwawasan.

Bekerja di Celestica adalah lebih daripada sekadar kerjaya. Ia mengenai peluang menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih bermakna dan membentuk masa hadapan menerusi hasil kerja anda. Daripada pusat data berskala besar sehinggalah kepada aeroangkasa dan teknologi kesihatan, kami mereka bentuk dan membangunkan infrastruktur kritikal yang menjadi sandaran dunia.

Oleh sebab kerja kami berimpak tinggi dan amat sulit, kami mengambil pekerja yang mempunyai wawasan untuk berinovasi pada skala yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Skop kerja kami hanya untuk mereka yang perlu tahu sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu berada di sini

 

  • Memacu dunia ke hadapan

    Di Celestica, anda adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Daripada kejuruteraan ke operasi sehingga ke rantaian bekalan, kami adalah pemacu inovasi yang mencorak masa depan teknologi dan industri kritikal. Di sini, anda membentuk masa depan yang luar biasa, sesuatu yang belum pernah dicapai oleh sesiapa pun-setakat ini.

    Kerana apa yang sedang kami bina? Bakal mengubah segalanya.

  • Hasil kerja terbaik anda bermula di sini

    Kami melakukan segalanya yang mampu untuk membantu anda mencapai kejayaan luar biasa di setiap peringkat kerjaya. Daripada membantu anda membina kemahiran dan pengalaman, sehinggalah menawarkan persekitaran yang menyokong dan berprestasi tinggi, Celestica menyediakan segala keperluan agar anda dapat memberikan yang terbaik.

  • Perluaskan impak anda

    Kami mempunyai lebih daripada 40 tapak dan lokasi di 16 buah negara di seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah serta pelbagai peranan terbuka yang merangkumi semua bahagian perniagaan kami—daripada kejuruteraan, pengurusan rantaian bekalan hinggalah kepada operasi.

    Kerja yang anda lakukan mungkin bersifat sulit, tetapi impak yang akan anda bawa? Bertaraf global.

 

 

 

"Ini merupakan detik penentu di Celestica. Kami sedang mengalami pertumbuhan luar biasa dan membuka peluang baharu untuk pekerja kami berinovasi, memimpin dan memberi impak pada skala global. Jika anda mahu berada di barisan hadapan dalam transformasi industri yang paling mengujakan, inilah masa yang paling tepat untuk menyertai pasukan kami."

Rob Mionis, Chair and CEO Celestica

 

  • "Ini merupakan detik penentu di Celestica. Kami sedang mengalami pertumbuhan luar biasa dan membuka peluang baharu untuk pekerja kami berinovasi, memimpin dan memberi impak pada skala global. Jika anda mahu berada di barisan hadapan dalam transformasi industri yang paling mengujakan, inilah masa yang paling tepat untuk menyertai pasukan kami."

    Rob Mionis, Chair and CEO Celestica

Bidang kerjaya kami

Berpengalaman atau peringkat kemasukan, kerjaya di Celestica akan menggalakkan anda untuk belajar dan berkembang dengan cara yang tidak anda jangkakan. Terokai bidang kerjaya kami sekarang.